(United States : Tukar Lokasi)
Gambaran Keseluruhan
Jika anda membeli perkhidmatan pengiriman kargo udara dalam, ke atau dari sama ada Amerika Syarikat atau Kanada dari Januari 1, 2000 hingga September 11, 2006, hak anda mungkin terjejas oleh satu atau lebih banyak cadangan penyelesaian tindakan kelas. Anda adalah Ahli Kelas jika anda membeli perkhidmatan pengiriman kargo udara, dari MANA-MANA pembawa muatan udara, untuk pengiriman dalam, ke atau dari sama ada Amerika Syarikat atau Kanada. Ini termasuk perkhidmatan yang dibeli melalui pengirim muatan. Ia adalah penyelesaian berasingan dalam Amerika Syarikat dan Kananda. Anda mungkin Ahli Kelas dalam kedua-dua penyelesaian.
Penyelesaian tersebut akan menyelesaikan sebahagian tuntutan mahkamah dalam Amerika Syarikat dan Kanada. Di dalam Tindakan, Plaintif mendakwa bahawa Deutsche Lufthansa AG, Lufthansa Cargo AG, dan Swiss International Air Lines Ltd. ("Lufthansa"), bersama banyak lagi pembawa muatan udara, bersekongkol untuk menetapkan harga perkhidmatan pengiriman muatan kargo udara yang melanggar U.S. antitrust law (undang-undang antitrust A.S.) dan Canadian competition law (undang-undang persaingan Kanada). Akibat daripada perbuatan yg didakwa ini, Plaintif mendakwa bahawa mereka dan ahli-ahli lain dalam Kelas membayar lebih untuk perkhidmatan pengiriman muatan kargo udara berbanding apa yang mereka perlu bayar sekiranya tidak terdapat perbuatan yang didakwa ini. Dengan membicarakan penyelesaian, Lufthansa tidak mengaku bahawa ia terlibat dalam perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang yang didakwa, dan akan menyertakan beberapa pembelaan kepada tuntutan Plaintif jika litigasi ini diteruskan lagi. Walau bagaimanapun, Lufthansa telah bersetuju untuk mencapai penyelesaian bagi mengelakkan perbelanjaan, beban, dan risiko litigasi yang diteruskan, dan menghentikan kontroversi ini dengan pelanggan-pelanggan perniagaannya yang dihargai.
Untuk menyelesaikan tuntutan terhadapnya yang melibatkan perkhidmatan pengiriman muatan kargo udara dalam, ke, atau dari Amerika Syarikat, Lufthansa telah bersetuju untuk membayar $85 juta bagi tuntutan Ahli Kelas yang sah dan untuk bekerjasama dalam pendakwaan tuntutan terhadap Defendan selebihnya yang bukan merupakan sebahagian daripada penyelesaian A.S. Untuk menyelesaikan tuntutan terhadap Lufthansa yang melibatkan perkhidmatan pengiriman muatan kargo udara dalam, ke, atau dari Kanada, Lufthansa telah bersetuju untuk membayar USD $5,338,000 ke dalam Tabung Kanada yang mana Peguam Kelas Kanada akan meminta untuk disimpan dalam tabung amanah untuk faedah masa depan Kelas-kelas Kanada.
MAKLUMAT INI ADALAH RINGKASAN SAHAJA. Untuk maklumat lanjut, termasuk siapa yang dan siapa bukan Ahli Kelas, pembahagian Tabung Penyelesaian dan cara memfailkan tuntutan dalam Penyelesaian A.S., pilihan dan tarikh akhir untuk Ahli Kelas bertindak, lokasi Perbicaraan Kelulusan Muktamad, dan maklumat penting yang lain, sila semak Notis.
JANGAN HUBUNGI MAHKAMAH
KEMAS KINI PENTING: Mahkamah telah memberi Kebenaran Akhir bagi Penyelesaian A.S.
Mahkamah telah memberi Kebenaran Akhir bagi Penyelesaian A.S.
Tarikh akhir Borang Tuntutan telah berlalu.
Tarikh akhir Borang Tuntutan telah berlalu.
| Tarikh | Peristiwa Berkaitan Kes |
|---|---|
| November 12, 2008 | Tarikh Akhir Pengecualian (Tarikh Akhir Cap Pos) dalam Penyelesaian A.S. dan Kanada |
| November 12, 2008 | Tarikh Akhir untuk Memfailkan Bantahan dalam Penyelesaian A.S. dan Kanada |
| Disember 12, 2008 pada jam 11:30 pagi. |
Perbicaraan Kelulusan Muktamad di United States District Court, Eastern District of New York (Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Daerah Timur New York) |
| Januari 28, 2009 pada jam 10:00 pagi |
Perbicaraan Kelulusan Muktamad di Ontario Superior Court of Justice (Mahkamah Tinggi Keadilan Ontario) |
| Februari 12, 2009 | Tarikh Akhir Cap Pos Borang Tuntutan |
| Februari 27, 2009 pada jam 10:00 pagi |
Perbicaraan Kelulusan Muktamad di Supreme Court of British Columbia (Mahkamah Agung British Columbia) |
| Mac 9-10, 2009 pada jam 9:00 pagi |
Perbicaraan Kelulusan Akhir di Québec Superior Court (Mahkamah Tinggi Québec) |
